BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday, April 28, 2015

PELUANG UNTUK SEMUA!!!!!

ASSALAMUALAIKUM WBT dan salam sejahtera untuk semua sahabat handai dan warga MALAYSIA...di sini saya nak maklumkan peluang belajar untuk semua yang berminat untuk sambung belajar semula..bg pelajar SPM dan tak habis sekolah juga boleh memohon..

[] SYARAT KEMASUKAN KOLEJ KEMAHIRAN

* berumur 15 - 35 tahun
* boleh membaca dan menulis
* lepasan tahfiz / mempunyai sijil berhenti sekolah
* lelaki / perempuan
*** lepasan PMR / SPM / STPM akan diberi pemilihan kursus yang berkelayakan

cara-cara memohon hantarkan detail

* nama   :
* alamat :
* no ic    :
* no hp   :
* emel    :
* jurusan :

[] SYARAT KEMASUKAN KOLEJ AKADEMIK

* sekurang-kurangnya mempunyai sijil SPM / STPM
* lelaki / perempuan
* berumur 18 - 35 tahun

cara-cara memohon hantarkan detail

* nama :
* alamat:
* no ic   :
* no hp :
* emel :
* jurusan :
*keputusan SPM :

HANTARKAN DETAIL MELALUI SMS / WHATSAPP KEPADA PENDAFTAR KAMI

Pn Dhiya 012-6619660

Cik Raihan 019-3720528

Encik Danial 014-6226195

Ustaz Nafery 017-8542428

Encik Kamarul 019-2469731

******* ATAU BOLEH MENDAFTAR MELALUI -> ONLINE ************


Thursday, May 8, 2014

WAAAAAAAAA....MANA SATU NAK PILIH?????

Kelabu asap dah mata aku dok tgk baju2 ni...lawaaaaaaaaaaaaaa......huaaaa...mne satu nak pilih ni eh..

huhuhuhu...Barang hantaran pon nak kne pilih...Aduhaiiiiiiii....Semua lawa2...Mne satu nak pilih ni...huhuhuu...wah nerves lah nak tunggu hari...huaaa...Ya ALLAH moga di permudahkan segala urusan kedua pihak yakni pihak di sebelahku dan juga di sebelah dia utk menguruskan segala persiapan hingga tiba detik bersejarah buat kami berdua..AMINNNNN....Moga kekal jodoh kami hingga ke jannah..AMIN.. :)


Tuesday, May 6, 2014

DEAR DAIRY

Sementara menanti hari tiba.. Aku makin minat main blog dengan berkongsi pengalaman dan cerita yang pernah aku buat dulu.. Ingat nak di bukukan..tapi bila pikir semula..Terlalu banyak kos dan procedure yang di perlukan.. Huhuhu.. Baru selesai post cerpen dalam blog baru aku..Senang2 lawat la ye..Jika ada yang perlu di tegur, tegurlah agar aku boleh perbaiki cerita2 aku..Sekian..

Monday, May 5, 2014

DEBARAN MENANTI

31hb Mei di nanti dengan penuh debaran.. Ya ALLAH buat seketika aku tertanya2 sudah bersediakah aku? Namun sering kali aku sedar rasa was2 hanya hadir atas bisikan syaitan.. Iblis akan membisikkan peelbagai perkara termasuklah masukkan rasa was2 dalam hati agar majlis tidak akan terbina.. Semoga segalanya berjalan dengan lancar.. Doakan aku bahagia.. Buangkan segala derita lama.. Mulakan segalanya dengan langkah yang baru.. AMIN INSYAALLAH..

p/s: Sayang abah mama..pilihan abah mama INSYAALLAH akan membahagiakan hari2ku kelak..

semoga arwah di tempatkan di tempat orang2 yang beriman..

Baru2 ini aku d kejutkan dengan kabar yang tidak ku duga.. Entah kenapa selama seminggu berturut2 aku sering mimpikan arwah.. Dia yang aku pernah panggil dengan panggilan "mama".. Walau dia bukan mama aku, tetapi aku tidak pernah membezakan mama dengan mama kandung aku dulu..

Seketika..teringat kisah lama.. Semenjak peristiwa aku di buang oleh keluarga arwah, aku bawa diri.. Saban hari aku cuba lupakan mereka sekeluarga.. Makin ku cuba ambil tahu mengenai keluarga arwah makin pedih aku terima sebuah hakikat yang aku benar2 tidak diperlukan.. Pelbagai cerita yang tidak sedap di dengar masuk ke gegendangku dari mulut seseorang yang aku tahu tidak menyukai aku semenjak dari awal perkenalan.. Aku redha dengan perpisahan yang terjadi kerana aku yakin terdapat pelbagai hikmah yang aku akan terima..

Lama aku menyepi hingga aku benar2 melupakan segala perkara seketika.. Aku merasakan seolah2 ALLAH memakbulkan permintaan aku untuk aku menenangkan diri dan mengecapi kebahagiaan tanpa gangguan kisah lama.. Setelah lama mencari arah diri kini aku mula ingat segala2nya hingga sesekali membuat jiwa aku tiada lagi rasa damai dan tenteram seketika..

Segala dendam lama berputik kembali atas setiap perkara yang terjadi.. Walau aku halalkan lain2 perkara.. Aku masih menuntut sebuah kenanganku di kembalikan yakni barang kesayangan aku.. Sebelum berita itu aku terima.. Aku mendapat mimpi arwah datang bertemu dengan aku.. "Mama..minta di halalkan segala yang raihan pernah hulurkan pada keluarga mama dan harap raihan dapat maafkan keluarga mama terutama ****** di atas setiap perkara.." Masih aku ingat jawapan aku.. "Keluarga mama takda salah dengan raihan.. Raihan tiada dendam dengan keluarga mama.. Bukan raihan ego xnak jumpa mama.. Raihan dah cuba..tapi baba halau raihan.. Maafkan raihan.. Mama xde hutang dengan raihan tapi raihan hanya menuntut rantai raihan dari ******.. Raihan dah lama maafkan keluarga mama.. Maafkan raihan.." Itu jawapan aku masa tu.. Mama berlalu dengan wajah yang sedih.. Dalam seminggu, 3 hari arwah datang meminta maaf.. Aku tidak mengerti kenapa masih mahu mohon kemaafan sedangkan aku sudah memaafkan.. Tidak ikhlaskah aku? Hurm..

Entah kenapa lepas aku dapat berita dia sudah tiada.. Aku merasa sebuah kesedihan dan kehilangan.. Sedang dia bukan mama kandung aku..Bukan juga mama angkat aku.. Hurm mungkin kerana dia adalah seorang mama.. Semoga arwah di tempatkan di tempat orang yang beriman.. Semoga kita bertemu lagi di sana.. INSYAALLAH... al-fatihah buat arwah..

Sunday, June 23, 2013

Assalamualaikum sahabat semua..

Selepas sekian lama, terlalu banyak perkara yang terjadi..terlalu banayk perkara yang aku teringin nak kongsi ngan kalian.. Tapi aku rasa masa tidak panjang seiring dengan cerita-cerita aku.. Jadi aku rasa tidak perlu rasanya aku ceritakan hal yang sudah pun berlaku.

Setelah terlalu banyak perkara yang ditempuh, kini aku bernekad untuk berhijrah. Aku bertatih dalam penghijrahanku ibarat kanak-kanak yang baru ingin bertatih. termasuk rintangan dari orang disekeliling ku, aku masih bercuba tanpa berputus asa.. Dalam diam-diam, aku kini sudah mula pandai berjalan walau aku sering kali terjatuh dalam penghijrahan ku.. Langkah demi langkah aku mencuba tanpa jemu... Hasilnya ALLAH mempertemukan aku dengan seorang insan yang dipilihNYA sebagai teman hidup aku.

Ya ALLAH.. Kini aku baru mengerti erti kebahagiaan yang sebenar. Kasih sayang yang di ciptakan hasil rasa kasihku pada dia , penerimaan aku pada dirinya... Semuanya kerana ALLAH.. ALLAH membantu aku untuk terus bangun melangkah.. Berpijak di bumi yang nyata.. Kini kisah aku dan mat serta sejarah-sejarah aku dan hambaNYA yang lain sudah pun berakhir.. Aku bahagia.. Doakan aku dan dia bersatu dibawah lindungan ALLAH ye.. Siapa dia, aku akan postkan gambarnya setelah kami selamat diijabkabulkan..AMIN..INSYAALLAH.. :)

Monday, January 17, 2011

cerita 'aku dan dia' tergendala..

mohon maaf kerana tidak dapat teruskan cerita ini kerana cerita ini akn d jadikan novel xlme lg..novel akn d muat turun d dalam blog ini hujung tahun ini jk tiada halangan..but xde la smpai ade penerbit cz xde sponsor pn..hehe..but blog ini akn terus d muatkn ngan cerita2 pendek yg best.jmp nnt..tata...

Related Posts with Thumbnails