BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Monday, May 5, 2014

semoga arwah di tempatkan di tempat orang2 yang beriman..

Baru2 ini aku d kejutkan dengan kabar yang tidak ku duga.. Entah kenapa selama seminggu berturut2 aku sering mimpikan arwah.. Dia yang aku pernah panggil dengan panggilan "mama".. Walau dia bukan mama aku, tetapi aku tidak pernah membezakan mama dengan mama kandung aku dulu..

Seketika..teringat kisah lama.. Semenjak peristiwa aku di buang oleh keluarga arwah, aku bawa diri.. Saban hari aku cuba lupakan mereka sekeluarga.. Makin ku cuba ambil tahu mengenai keluarga arwah makin pedih aku terima sebuah hakikat yang aku benar2 tidak diperlukan.. Pelbagai cerita yang tidak sedap di dengar masuk ke gegendangku dari mulut seseorang yang aku tahu tidak menyukai aku semenjak dari awal perkenalan.. Aku redha dengan perpisahan yang terjadi kerana aku yakin terdapat pelbagai hikmah yang aku akan terima..

Lama aku menyepi hingga aku benar2 melupakan segala perkara seketika.. Aku merasakan seolah2 ALLAH memakbulkan permintaan aku untuk aku menenangkan diri dan mengecapi kebahagiaan tanpa gangguan kisah lama.. Setelah lama mencari arah diri kini aku mula ingat segala2nya hingga sesekali membuat jiwa aku tiada lagi rasa damai dan tenteram seketika..

Segala dendam lama berputik kembali atas setiap perkara yang terjadi.. Walau aku halalkan lain2 perkara.. Aku masih menuntut sebuah kenanganku di kembalikan yakni barang kesayangan aku.. Sebelum berita itu aku terima.. Aku mendapat mimpi arwah datang bertemu dengan aku.. "Mama..minta di halalkan segala yang raihan pernah hulurkan pada keluarga mama dan harap raihan dapat maafkan keluarga mama terutama ****** di atas setiap perkara.." Masih aku ingat jawapan aku.. "Keluarga mama takda salah dengan raihan.. Raihan tiada dendam dengan keluarga mama.. Bukan raihan ego xnak jumpa mama.. Raihan dah cuba..tapi baba halau raihan.. Maafkan raihan.. Mama xde hutang dengan raihan tapi raihan hanya menuntut rantai raihan dari ******.. Raihan dah lama maafkan keluarga mama.. Maafkan raihan.." Itu jawapan aku masa tu.. Mama berlalu dengan wajah yang sedih.. Dalam seminggu, 3 hari arwah datang meminta maaf.. Aku tidak mengerti kenapa masih mahu mohon kemaafan sedangkan aku sudah memaafkan.. Tidak ikhlaskah aku? Hurm..

Entah kenapa lepas aku dapat berita dia sudah tiada.. Aku merasa sebuah kesedihan dan kehilangan.. Sedang dia bukan mama kandung aku..Bukan juga mama angkat aku.. Hurm mungkin kerana dia adalah seorang mama.. Semoga arwah di tempatkan di tempat orang yang beriman.. Semoga kita bertemu lagi di sana.. INSYAALLAH... al-fatihah buat arwah..

0 comments:

Related Posts with Thumbnails