BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday, June 23, 2013

Assalamualaikum sahabat semua..

Selepas sekian lama, terlalu banyak perkara yang terjadi..terlalu banayk perkara yang aku teringin nak kongsi ngan kalian.. Tapi aku rasa masa tidak panjang seiring dengan cerita-cerita aku.. Jadi aku rasa tidak perlu rasanya aku ceritakan hal yang sudah pun berlaku.

Setelah terlalu banyak perkara yang ditempuh, kini aku bernekad untuk berhijrah. Aku bertatih dalam penghijrahanku ibarat kanak-kanak yang baru ingin bertatih. termasuk rintangan dari orang disekeliling ku, aku masih bercuba tanpa berputus asa.. Dalam diam-diam, aku kini sudah mula pandai berjalan walau aku sering kali terjatuh dalam penghijrahan ku.. Langkah demi langkah aku mencuba tanpa jemu... Hasilnya ALLAH mempertemukan aku dengan seorang insan yang dipilihNYA sebagai teman hidup aku.

Ya ALLAH.. Kini aku baru mengerti erti kebahagiaan yang sebenar. Kasih sayang yang di ciptakan hasil rasa kasihku pada dia , penerimaan aku pada dirinya... Semuanya kerana ALLAH.. ALLAH membantu aku untuk terus bangun melangkah.. Berpijak di bumi yang nyata.. Kini kisah aku dan mat serta sejarah-sejarah aku dan hambaNYA yang lain sudah pun berakhir.. Aku bahagia.. Doakan aku dan dia bersatu dibawah lindungan ALLAH ye.. Siapa dia, aku akan postkan gambarnya setelah kami selamat diijabkabulkan..AMIN..INSYAALLAH.. :)

0 comments:

Related Posts with Thumbnails